Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, February 24, 2013

No Comment


Kangkung dan lintah? Apa kena mengena kangkung dengan lintah? Mungkin masih ramai belum tahu mengenai pembunuh dalam diam ni. Kangkung sememangnya sedap dimakan, lagi-lagi batangnya yang rangup itu. Sebenarnya dah ada kes orang meninggal dunia kerana termakan lintah yang bersembunyi didalam batang kangkung.

Beberapa tahun lepas, seorang anak kecil menderita sakit perut setelah dua hari menderita diarrhea (cirit-birit). Doktor mulai bingung kerana sudah bermacam-macam jenis ubat sakit perut diberikan kepada anak itu namun diarrhea yang dialaminya tidak juga sembuh.

Setelah dikaji, malam tersebut anak kecil itu makan kangkung di sebuah restoran. Doktor segera melakukan x-ray dan mendapati lintah telah pun membiak didalam ususnya.


Hanya dalam masa yang teramat singkat, lintah tersebut telah membiak dengan banyak dan menghisap darah yang ada dalam tubuh mangsanya. Doktor menjadi bingung bagaimana untuk mematikan lintah-lintah tersebut kerana beliau takut untuk mengambil risiko yang mungkin menyebabkan kematian.

Akhirnya anak kecil malang itu meninggal dunia. Setelah dikaji, ternyata lintah itu sememangnya sudah ada di dalam batang kangkung yang besar. Lintah yang ada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama mana pun. Ianya hanya akan mati jika dibakar.

Kisah ini bukanlah untuk menghalang anda makan kangkung atau apa jua jenis sayuran. Cuma di sini kami mahu mengingatkan anda supaya lebih berhati-hati dan memilih kedai makan. Bukan cerewet tetapi demi kebaikan bersama. Pastikan kedai yang anda pilih itu menyediakan makanan yang bersih dan segar.

Kalau boleh elakkan makan batang sayur yang berlubang untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku pada diri anda.Akan tetapi, adalah lebih bagus jika anda masak dan makan sendiri di rumah. Sekurang-kurangnya, anda tahu dan yakin akan kebersihan sayur itu. Jadi anda buatlah keputusan kerana anda mampu mengubahnya!

0 comments:

Post a Comment