Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, February 24, 2013

No Comment



Setiap manusia pasti tidak akan terlepas dengan ajal maut. Di dunia ini sahaja terdapat banyak kisah-kisah pelik yang boleh mengakibatkan kematian seseorang. TApi dalam banyak-banyak kematian pelik, kematian yang dinyatakan di bawah ini lebih pelik. Tak percaya? Jom baca!

1. Meninggal kerana janggut
Hans Steininger,merupakan orang Austria yang terkenal kerana mempunyai janggut yang terpanjang di dunia sekitar 140 cm.Pada suatu hari di tahun 1567,terjadi kebakaran yang mengakibatkan huru-hara.Beliau lupa mengikat janggutnya yang panjang.Kerana terburu-buru,dia terpijak janggutnya sendiri dan terjatuh.Lehernya patah dan dia pun mati.

2. Meninggal kerana menendang peti 
Kejadian berlaku pada awal abad 20. Jack Daniel,seorang pengusaha Whiskey terkenal di Tennessee,Amerika Syarikat ingin membuka salah satu peti,namun dia terlupa nombor kombinasinya.Dia mengamuk dan menendang peti tersebut. Salah satu jarinya terluka menyebabkan infeksi,dan akhirnya membunuhnya.

3. Meninggal ketika membicarakan tentang Hitler
Pada tahun 1943,seorang pengkritik politik bernama Alexander Woolcott meninggal setelah mengalami serangan jantung ketika sedang membicarakan tentang Adolf Hitler.

4. Meninggal kerana kulit jeruk 
Bobby Leach (1858-1926) adalah seorang ahli lagak ngeri.Dia juga orang kedua di dunia yang berjaya menakluki air terjun Niagara dengan mengguankan tong barrel.Dia meninggal tahun 1926 kerana tergelincir akibat terpijak kulit jeruk di tepi jalan,di Selandia Baru.Kakinya patah dan terjadi infeksi yang parah.

5. Meninggal kerana menahan buang air kecil
Tycho Brahe (1546-1601) adalah seorang ahli astronomi.Pada tahun 1601,beliau sedang menghadiri jamuan makan besar yang sangat lama,di Praha (sekarang czechoslovakia). Adat pada zaman itu meyakini bahawa ketika menghadiri jamuan makan,buang air adalah sangat tidak sopan.Akibatnya beliau terpaksa menahan buang air kecil selama jamuan itu berlangsung.Kandungan bahan toksik di badannya tidak mampu menahan sebegitu lama. Akhirnya, beliau meninggal 11 hari kemudian.

Namun apa cara pon kematian kita, jika kita sudah ditakdirkan meninggal dunia, maka meninggal lah kita!

0 comments:

Post a Comment