Menjaga kebersihan dan kecantikkan pada alat kemaluan wanita yang juga berfungsi sebagai alat keintiman merupakan suatu perkara yang paling penting untuk dilakukan bagi tujuan memikat pasangan..Dengan lambakan alat kosmetik yang dijual, proses penjagaan menjadi lebih mudah..Namun, siapa sangka, di India alat kosmetik untuk tujuan pemutihan alat kemaluan wanita dianggap sebagai satu perbuatan rasis..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..
Sebuah iklan dari produk gel mandian yang berfungsi memutihkan kulit di kawasan vagina ini telah menjadi kontroversi kerana menganggap bahawa kulit vagina yang lebih putih akan dianggap lebih menarik bagi lelaki. Hal ini telah di anggap rasis berikutan cenderung mempengaruhi pemikiran seseorang di mana orang berkulit putih lebih berjaya dalam dunia pekerjaan dan berperwatakan lebih menarik.
Dalam iklan produk Clean & Dry Intimate Wash tersebut memperlihatkan bagaimana seorang perempuan muda di abaikan oleh kekasihnya dan setelah dia menggunakan produk ini pada kawasan alat sulitnya, ia menjadi lebih putih dan si lelaki pun menjadi lebih terpikat. Produk ini sebenarnya dirancang untuk menjaga kulit agar tetap segar dan terlindung dari jangkitan sepanjang hari.
Sebagai kesan sampingan penggunaan produk ini, kulit yang gelap di sekitar kemaluan akan menjadi lebih cerah. Rupa Subramanya, seorang blogger dari Wall Street Journal, menganggap konsep pemutihan kawasan kemaluan itu merupakan satu penghinaan. "Iklan untuk produk pemutihan kulit hanya akan memperkuatkan stereotaip budaya (bahawa orang yang berkulit putih akan lebih berjaya dalam hidup)," paparnya seperti dikutip akhbar Huffington Post.
Sementara itu blogger lain, Sharell, mengatakan, "Tidak menghairankan jika produk ini akan meningkatkan ketidakpuashatian kaum perempuan mengenai warna kulit mereka."
Golongan perempuan di India ketika ini terlalu obses dengan rawatan untuk memutihkan kulit. Produk-produk krim pemutih kulit menjadi perniagaan yang terus berkembang pesat di India, iaitu negara di mana sistem kastanya mengasingkan manusia yang mempunyai kulit lebih gelap sebagai manusia yang mempunyai status sosial yang lebih rendah.
Video:
0 comments:
Post a Comment