Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 28, 2013

One Comment
najib instagram


**Nampaknya Datuk Seri Najib begitu serius mahu mendekati golongan muda, ayuh kita pun berusaha mendekati beliau (mynewshub.my).
Teknologi internet telah banyak merubah cara hidup kita. Ia membolehkan sesiapa sahaja mendapatkan segala maklumat dengan mudah selain dijadikan sebagai alat komunikasi yang mampu menghubungkan kita dengan sesiapa sahaja di seluruh negara mahupun rantau ini. Kemajuan ini merupakan sesuatu yang mustahil untuk dikecapi sebelum ini.
Oleh itu, adalah penting untuk kita supaya sentiasa mengikut trend dan kerana itulah saya gembira kerana dapat berucap pada Persidangan Penulis Blog dan Media Sosial Dunia di Kuala Lumpur semalam. Saya juga berpeluang bertemu dan berbual bersama Rina Azmira yang merupakan pengikut ke-sejuta Facebook saya dan ibu bapanya. Saya juga mengambil kesempatan semalam untuk melancarkan akaun Instagram baru saya dan anda boleh mengikutinya di sini (http://instagram.com/najib_razak).
Dengan kemunculan media sosial pula, setiap orang kini mampu menerbitkan pelbagai maklumat tidak kira sejauh mana tahap pengetahuan teknikal mahupun latar belakang ekonomi mereka. Ia sangat terbuka dan banyak membantu perkembangan orang ramai terutama kepada ‘generasi digital’ yang membesar dalam zaman internet – yang kini mahu lebih terbuka dalam banyak perkara.
Kerajaan dan politik juga tidak terkecuali dalam hal ini, sebab itulah saya sentiasa cuba melakukan yang terbaik untuk berkomunikasi menggunakan platform terbaru dan paling relevan. Oleh kerana itulah, saya telah mengarahkan semua Menteri Kabinet saya supaya sentiasa mesra media sosial dan kekerapan menggunakan media sosial juga menjadi ukuran kepada saya untuk memilih calon sesuai untuk mewakili parti saya pada pilihan raya umum akan datang.
Sebagai Kerajaan saya juga akan pastikan, kita perlu berusaha untuk membantu rakyat dalam melakukan perkara sama dalam bidang kerja mereka. Oleh kerana itulah, kita perkenalkan inisiatif seperti Digital Malaysia dan pemberian baucar telefon pintar kepada generasi muda.
Dalam dunia baru media sosial kita semua perlu menguasainya sekiranya tidak mahu dianggap sebagai ketinggalan zaman. Ini bermakna mana-mana individu dan organisasi perlu membuka minda dan mengambil pendekatan mesra media sosial. Ini juga bermakna rakyat perlu melihat ke hadapan dalam memanfaatkan setiap peluang yang telah disediakan – dan Kerajaan bertanggungjawab untuk membantu mereka melakukannya.

1 comments:

  1. Najib sedar popularitinya sedang menjunam. Jadi macam-macam cara nak naikan nama. Kat TV arus perdana, asyik je ada lagu bodek Najib, sampai naik malas nak tengok TV. Berita asyik spin kebaikan Najib / BN. Kenyataan PR dipusingkan sampai rakyat dah muak dan rujuk berita internet untuk dapat maklumat benar. TV S'pura ada buat laporan perkara ni.
    Sebab tu Najib pusing satu negara cuba dapat raih sikit support dari rakyat. Belanja juta-juta duit rakyat tapi rating tetap jatuh. Nak bodek rakyat sampai bagi BR1M walaupun hutang negara melebihi 500 bilion. Dulu masa mula jadi PM mula potong subsidi konon kerajaan dah tak mampu. Kata sanggup tak popular untuk selamat negara. Ni pusing cakap pulak, konon kerajaan M'sia mampu beri BR1M - nak tambah lagi kononnya. Apa punya kencing, hutang negara ditambah sampai duit dari EPF pun dikorek pakai............
    Najib / UMNO / BN dah nazak!!!!!!!!

    ReplyDelete