Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 31, 2014

No Comment

Kota Bharu – Mangsa yang melecur seluruh badan Eddie Hariry Mohd Nor, 33, akibat disambar api ketika memeriksa kepala tong gas yang bocor di dapur rumahnya di Wakaf Bharu, 21 Mei lalu meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Eddie menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.50 pagi selepas 10 hari terlantar di hospital berkenaan.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kubang Emas jam 10.30 pagi tadi.

Sepupu arwah, Che Adnan Che Hussein, 56, berkata mangsa terlantar di hospital selama 10 hari selepas melecur seluruh badan.

“Sepanjang berada di hospital dia tidak sedarkan diri.

“Kami sekeluarga reda dengan pemergiannya,”katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang lelaki dan anak perempuannya parah manakala seorang lagi anaknya cedera ringan disambar api ketika memeriksa kepala tong gas yang bocor.

Kejadian jam 3.22 petang itu menyebabkan Eddie Hariry melecur di seluruh badan manakala anaknya Nor Syafiqa, 10, melecur di badan dan kepala manakala adiknya Nor Syarika, 2, cedera ringan.

Sumber: myMetro

0 comments:

Post a Comment