Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 30, 2014

No Comment

SHAH ALAM- "Jangan fikirkan kenikmatan sahaja. Seeloknya, fikir keburukan terlebih dahulu sebelum kamu melakukan perkara tersebut," kata Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Halim Aman kepada seorang penghantar surat sebuah syarikat insurans yang melakukan kesalahan rogol terhadap gadis bawah umur, tiga tahun lalu.

Menurut hakim, usia yang muda bukan menjadi faktor untuk lelaki itu melakukan perbuatan perbuatan itu. "Pada waktu kejadian, kamu berusia 19 tahun dan mampu berfikir lebih jauh terhadap kesan perbuatan yang dilakukan itu," katanya.

Bagaimanapun, mahkamah mengurangkan hukuman penjara daripada 10 tahun kepada sembilan tahun atas kesalahan merogol gadis bawah umur. Keputusan itu dibuat selepas mahkamah membenarkan rayuan Umar Abdullah Shani, 23, terhadap sabitan dan hukuman yang dikenakan ke atasnya.

Mahkamah juga turut mengurangkan jumlah sebatan daripada tiga kepada satu sebatan. Umar dalam kandang pesalah kelihatan tunduk sewaktu Abdul Halim memberi nasihat kepadanya.

Dia didakwa merogol seorang pelajar tingkatan empat yang pada ketika itu berusia 15 tahun di sebuah rumah di Taman Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Perbuatan itu didakwa dilakukan jam 11 pagi pada  20 September 2011.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aidatul Azura Zainal Abidin mengikut Seksyen 375 (g) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Tertuduh diwakili peguam, Muhammad Hidhir Mustapa. Sebelum ini, pada 8 April 2013, mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara dan tiga sebatan selepas tertuduh didapati bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment