Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 31, 2014

No Comment
Gambar hiasan
SAO PAULO: Kumpulan penggodam Anonymous sedang bersiap sedia melancarkan serangan siber terhadap penaja korporat Piala Dunia di Brazil sebagai langkah memprotes pembiayaan mewah untuk sukan itu ketika negara berkenaan bergelut untuk menyediakan kemudahan asas kepada rakyatnya.
Sumber berkata, mereka sudah melancarkan serangan lewat malam untuk menguji laman sesawang kerajaan yang mana mudah diceroboh serta membocorkan puluhan emel rahsia.

Menurut sumber yang hanya dikenali sebagai Che Commodore itu, serangan berikutnya menyasarkan penaja Piala Dunia seperti Adidas, syarikat penerbanagn Emirates, Coca-Cola dan Budweiser.

“Kami mempunyai rancangan serangan,” katanya melalui Skype dari lokasi rahsia di Brazil.

Awal minggu ini, Anonymous turut menggodam rangkaian komputer Kementerian Luar Brazil.

Serangan menggunakan DDos (Distributed Denial-of-Service) adalah langkah murah yang dilakukan bagi menyebabkan sesuatu laman sesawang terputus talian apabila ia mendapat permintaan akses daripada ribuan komputer.

Ancaman itu menjadi satu lagi masalah memeningkan penganjur Piala Dunia yang akan bermula 12 Jun ini.

Sebanayk 32 negara menyertai pertandingan empat tahun sekali itu.

Sebelum ini Brazil sudah diaibkan dengan pelbagai masalah seperti kelewatan menyiapkan stadidum.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment