Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 30, 2014

No Comment

Ketua Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) mempertahankan operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang sehingga kini masih dipenuhi kebuntuan malahan yakin pasukan mencari telah mendapatkan lokasi yang betul.

Analisis satelit pada hari pesawat jenis Boeing 777 itu hilang pada 8 Mac lepas, menunjukkan kemungkinan ia berada di sekitar Lautan Hindi sehinggalah ke Indonesia dan ke Antartika.

Bagaimanapun, kawasan yang dipercayai menjadi lokasi akhir pesawat MH370 berada berdasarkan isyarat ping telah ditolak semalam selepas operasi mencari besar-besaran gagal.

Ketua ATSN Martin Dolan memberitahu AFP, bahawa isyarat akustik berkenaan yang diyakini dari bahan buatan manusia masih lagi bersifat misteri.

“Secara jujurnya, kami tidak tahu, kami kelihatan seperti pakar, tetapi ada ketikanya kami tidak mengetahui semuanya,” katanya.

ATSB yang kini memainkan peranan utama dalam operasi mencari sebelum ini berkata empat isyarat akustik yang dikesan pada April merupakan petunjuk paling kuat untuk mengesan pesawat MH370.

“Ini adalah kawasan yang paling diyakini untuk dicari, kami masih belum memperolehi apa-apa maklumat yang mengesahkan ia adalah kawasan yang salah.

“Kami akan melakukan lagi analisis untuk mengenalpasti lokasi yang lebih sesuai untuk memulakan operasi mencari fasa berikutnya,” katanya.

Menurut beliau, ketika para pakar sedang melihat semula data satelit yang membawa kepada operasi mencari di Lautan Hindi, laluan bercorak melengkung hasil analisis itu masih relevan sebagai laluan penerbangan MH370.

“Laluan seperti kubah itu betul, kita tahu ada kawasan yang berhampiran laluan yang begitu panjang itu pesawat itu akan ditemui,” katanya.

Sumber: AFP / Ibnu Khusairy Aris / Mynewshub

0 comments:

Post a Comment