KUALA LUMPUR – Mercedes-Benz S400L Hybrid baharu akan dijual di pasaran Malaysia dengan harga RM587,888 seunit.
Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia, Kai Schlickum berkata, harga itu ditetapkan selepas kereta tersebut layak menerima pengecualian duti.
“Harga RM587,888 telah ditetapkan untuk Mercedes-Benz S400L Hybrid,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Schlickum turut memaklumkan, Mercedes-Benz Malaysia melabur RM15 juta bagi menyiapkan kilang pemasangan kenderaan itu di Pekan, Pahang.
Menurutnya, pelaburan itu juga bertujuan menyokong aspirasi kerajaan Malaysia untuk menjadikan negara ini hab kenderaan cekap tenaga.
“Kami telah bekerja keras membawa S-Class sebagai kenderaan hibrid ke pasaran Malaysia dan kami berbangga dengannya,” katanya.
Sumber: Mynewshub
0 comments:
Post a Comment