Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 31, 2014

No Comment
Cadbury
JAKARTA - INDONESIA. Pihak berkuasa Indonesia menjalankan ujian ke atas beberapa produk Cadbury susulan laporan penemuan DNA babi di dalam coklat keluaran syarikat itu di Malaysia.

Ketua Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Roy Alexander Sparingga berkata pihaknya akan mengambil sampel dan menjalankan ujian makmal bagi mengesahkan pematuhan Cadbury terhadap garis panduan makanan di republik itu.

"Hanya 10 variasi coklat Cadbury yang memperoleh sijil halal daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI)," katanya yang dipetik dalam laporan Jakarta Globe, hari ini.

Laporan penemuan DNA babi dalam dua produk coklat keluaran Cadbury Malaysia pada Sabtu lepas turut mencetuskan kebimbangan rakyat di negara ini yang menjadikan media sosial sebagai medium menyuarakan keresahan mereka.

Ini kerana kedua-dua produk terbabit iaitu Cadbury Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Badam turut dijual di pasaran Indonesia. 

Menurut Roy Alexander hanya produk coklat susu dengan kacang hazel berdaftar dengan BPOM selaku badan yang berkuasa memantau produk makanan berbungkus di Indonesia, namun tempoh pendaftarannya sudah berakhir, manakala usaha Cadbury membawa masuk produk coklat susu dengan badam ditolak.

Sehubungan itu beliau berkata, pihaknya percaya kedua-dua produk berkenaan dibawa masuk secara haram ke dalam pasaran negara berkenaan.

Katanya ujian halal di Indonesia dilakukan atas dasar sukarela, bagaimanapun  pengeluar yang mahu produk mereka disahkan halal perlu berbuat demikian menerusi Lembaga Pengkajian Pangan Obat-obatan dan Kosmetik (LPPOM) MUI.

"Akan tetapi pengeluar bertanggungjawab memberitahu pengguna (tentang kandungan tidak halal) menerusi label pada produk," katanya.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment