Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 31, 2014

No Comment

TAIPING – Dua beranak maut apabila secara motosikal ditunggang mereka dihempap sebatang pokok sawit di jalan masuk ke Kilang Kelapa Sawit Awan Timur, Batu 26 Jalan Taiping, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, ketika kejadian itu, mangsa S Mogandas, 37 dan anak lelakinya, M Sivabalan, 13 menggunakan jalan berkenaan untuk ke destinasi yang tidak diketahui.

Menurutnya, apabila mereka sampai di tempat kejadian, sebatang pokok sawit tumbang secara tiba-tiba sebelum menghempap dua beranak itu.

“Kedua-dua mereka maut di tempat kejadian akibat kecederaan di beberapa bahagian badan.

“Mayat kedua-dua beranak itu kemudiannya di hantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Penolong Penguasa Hasna Rashid berkata, pihaknya telah menerima panggilan dari bilik operasi kira-kira jam 2.45 pagi.

“Sepasukan anggota telah bergegas ke tempat kejadian dan sampai di lokasi kira-kira jam 3.41 pagi.

“Kita turut menerima bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis,” katanya.

Beliau berkata, dalam operasi itu pihaknya menggunakan gergaji berantai untuk memotong pokok sawit berkenaan bagi memudahkan mangsa yang tersepit dikeluarkan.

“Operasi yang diketuai PBK II, Izuan Che Ibrahim itu tamat kira-kira jam 4.58 pagi,” katanya.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment