Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 30, 2014

No Comment
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertemu dengan Cina Presiden Xi Jinping
di Diaoyutai Negeri Guesthouse di Beijing hari ini. - Foto Bernama
BEIJING - CHINA. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bertemu Presiden China Xi Jinping di Rumah Tetamu Negara Diaoyutai di sini.
        
Najib dan Jinping, yang diiringi beberapa menteri, mengadakan mesyuarat dua hala kira-kira sejam menyentuh pencapaian dan kemajuan kedua-dua negara sejak menjalin hubungan diplomatik 40 tahun lepas serta hala tuju masing-masing pada masa depan.
        
Dalam ucapan pembukaan, Jinping meluahkan penghargaan di atas sambutan mesra yang diterima beliau ketika melawat Malaysia Oktober lepas dan menyampaikan sembah takzim kepada Yang diPertuan Agong, Sultan Halim Muadzam Shah.
        
Jinping turut menyentuh tragedi MH370 dan berkata China akan terus membantu Malaysia dalam misi pencarian pesawat malang itu, yang hilang pada 8 Mac lepas bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal, termasuk 154 warga China.
        
"Kami harap kerjasama ini akan berterusan sehingga pesawat itu ditemui," katanya.

Najib, yang tiba di China pada Selasa, berkata beliau tidak sabar untuk melakukan lawatan itu kerana ia mengimbas kembali kunjungan bersejarah bapanya, Tun Abdul Razak, yang juga Perdana Menteri Kedua Malaysia, ke Beijing 40 tahun lepas.

"Saya sudah lama menantikan lawatan ini kerana ia memperingati ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik. Saya harap lawatan ini akan memperkukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara," katanya.

Pada 1974, Allahyarham Tun Abdul Razak memulakan satu era bersejarah apabila beliau menjalin hubungan dua hala dengan China, ketika negara itu masih mengamalkan dasar tertutup kepada sebahagian besar dunia.

Malaysia adalah negara Asean pertama yang menjalin hubungan diplomatik dengan China sewaktu era Perang Dingin pada 1960-an dan 1970-an.

Najib turut memberi jaminan bahawa Malaysia akan meneruskan usaha mencari pesawat MH370 dengan bantuan China, Australia dan negara lain.

Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman; Duta Khas Perdana Menteri ke China Tan Sri Ong Ka Ting; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron serta Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment