Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 31, 2014

No Comment
Matlamat Sekolah Bina Insan adalah untuk melahirkan insan cemerlang dunia dan akhirat.
(Sekadar gambar hiasan).
ISU pendidikan negeri Selangor tidak pernah sunyi dari kontroversi dan sering menarik perhatian pelbagai pihak.

Terbaru, tindakan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) memutuskan untuk menutup Sekolah Bina Insan (SBI) memberi kesan mendalam kepada banyak pihak.

Sekolah yang menempatkan 400 pelajar bertempat di Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) di Kajang itu  benar-benar menguji tahap pendidikan di negeri ini.

Sebelum ini, perjumpaan ibu bapa pelajar bersama pihak pengurusan sekolah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pastinya meremukkan harapan mereka sebaik mendapat tahu berita penutupan SBI dalam media.

Lebih mengecewakan adalah harapan pelajar sekolah ini yang pastinya mahu mendapatkan masa depan yang baik selain menjadi insan yang sempurna melalui pendidikan berpaksikan Al-Quran dan Sunnah.

Persoalannya, ke manakah hala tuju mereka selepas ini dan bagaimana pula masa depan 50 tenaga pengajar dan lima kakitangan apabila sekolah ini dijangka diarah tutup pada hujung tahun ini.

Berbagai persoalan juga timbul apabila alasan Mais menutup sekolah ini kerana masalah kekangan kewangan dan juga berkaitan perancangan Mais untuk menambah pelajar Kuis kepada 10,000 pelajar.

Sayangnya, pelajar-pelajar yang tidak berdosa ini terpaksa menelan pahit keadaan tersebut  setelah ribuan ringgit dilaburkan meskipun dikatakan sebahagian pengajian di tanggung oleh Mais.

Dalam satu kenyataan Mais menerusi Setiausahanya, Datuk Bakhtiar Hussin berkata, SBI memutuskan untuk menangguhkan penutupannya sehinggalah pelajar sedia ada menamatkan pengajian mereka.

Ini pun setelah keputusan tersebut diambil selepas memperhalus dan meneliti semua isu cadangan yang dikemukakan dan mengambil kira pandangan pihak lain untuk mencadangkan menempatkan SBI di kawasan lain.

Bagaimanapun, isu penutupan sekolah pastinya mendapat perhatian kerajaan negeri supaya mencari jalan penyelesaian lain bagi menempatkan pelajar-pelajar yang akan ditutup pada tahun ini.

Perkara tersebut dicadangkan sendiri oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali yang mencadangkan ibu bapa yang mahu menempatkan anak mereka ke sekolah aliran Islam seperti SBI agar mendaftarkan anak mereka di Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuan Selangor (KITTIS).

Dakwa Halimah, ramai ibu bapa yang menyangka SBI ini diuruskan oleh kerajaan negeri tetapi sebenarnya diuruskan oleh Mais namun Kerajaan Negeri tetap akan mempertimbangkan tawaran kepada pelajar yang mahu melanjutkan pengajian di Maahad Tahfiz yang diuruskan oleh kerajaan negeri.

Hujah Halimah diperkuatkan lagi oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad supaya Mais mempertimbangkan pelawaan kerajaan negeri untuk menguruskan SBI.

Kata Khalid, kerajaan negeri boleh menguruskan sekolah tersebut dari ditutup begitu sahaja dengan syarat Mais menampung kos perbelanjaan dan dan gaji kakitangan sekolah.

Sekolah yang beroperasi sejak 2012 itu  turut mendapat reaksi Exco Pemuda Umno Malaysia, Mohd Rafiq Naizamohideen yang menggesa Menteri Besar Selangor, Tan Abdul Abdul Khalid Ibrahim bertanggungjawab atas penutupan sekolah ini.

Dengan nada sinis, Mohd Rafiq mempersoalkan Mais merupakan badan berkanun di bawah kerajaan negeri Selangor dan penutupan sekolah ini tidak adil.

Dakwanya, apa yang akan terjadi kepada tenaga pengajar dan kakitangan dan berapa pampasan yang mereka perlu dapat.

Jelasnya lagi, sekolah ini baru setahun jagung dan bagaimana sekolah ini boleh ditubuhkan tanpa memeriksa peruntukan kewangan samaada cukup atau tidak untuk beroperasi.

Sungguhpun begitu dengan pelbagai kritikan dan cadangan dilemparkan kepada institusi ini, SBI yang bakal melahirkan pelajar Islam yang intelektual tinggi perlu dipertahankan.

Mungkin di sini perlunya dermawan dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hadir menyelamatkan bakal cendekiawan Islam atau terus melihat arus pendidikan Islam terus tenggelam.

Pastinya, masa depan kira-kira 400 pelajar sekolah ini masih tidak menentu dan bantuan dari pihak tertentu khususnya kerajaan negeri sangat diperlukan agar kecemerlangan sekolah dapat dipertahankan.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment