Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 31, 2014

No Comment

Islamabad – Kisah seorang wanita hamil, Farzana Parveen, 25, yang mati direjam dengan batu oleh ahli keluarganya disebabkan dia berkahwin dengan lelaki pilihannya, terus mencetuskan kejutan.

Terbaru, suaminya, Mohammed Iqbal mengaku membunuh isteri pertamanya dengan mencekik wanita itu bagi membolehkan dia mengahwini Farzana.

“Saya terlepas hukuman penjara kerana anak lelaki saya yang melaporkan pembunuhan itu, akhirnya menggugurkan tuduhan,’’ katanya.

Iqbal juga mendedahkan kakak sulung Farzana, Rehana, telah diracun oleh keluarga dan bapanya selepas wanita itu bergaduh dengan keluarga mertuanya.

Pendedahan mengejutkan itu dibuat selepas dia mengecam polis kerana gagal bertindak ketika isterinya dibunuh dalam masa 15 minit.

“Saya merayu kepada mereka supaya membantu, namun polis memberitahu bahawa ia bukan tugas mereka.

“Saya turut membuka baju sebagai tanda merendahkan diri dan merayu mereka menyelamatkan isteri saya, namun gagal,’’ katanya yang turut dipukul ketika anggota keluarga mertuanya menyerang isterinya.

Farzana yang sedang mengandung tiga bulan dianggap memalukan keluarganya kerana mengahwini Iqbal sedangkan mereka telah memilih sepupunya untuk dijadikan suami.

Anggota keluarganya termasuk bapa, adik dan abangnya telah menyerang Farzana dan Iqbal di luar mahkamah tinggi di Lahore.

Farzana bagaimanapun meninggal dunia akibat direjam dengan batu di hadapan orang ramai.

Sumber: Mynewshub

0 comments:

Post a Comment