Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 30, 2014

No Comment

Seorang pencipta amatur dari China telah mencipta sejenis skuter tetapi hanya menggunakan beg pakaian sahaja dan ia dikuasakan dengan tenaga elektrik.

He Liangcai menghasilkan sebuah skuter berupa beg pakaian yang dilengkapi dengan motor yang boleh ditunggang.

Kegunaannya dilihat begitu berpotensi jika di lapangan terbang.

Skuter berkenaan dicipta dengan berat 6 kilogram dengan bateri dan mampu bergerak selaju 19km sejam sejauh 59km selepas baterinya dicas penuh.

Ia bukan sahaja sebuah skuter, ia turut dilengkapi dengan alat navigasi GPS dan juga sistem penggera mencegah kecurian.

Untuk menggunakannya, penunggang akan duduk di atas beg pakaian berkenaan dan alat kawalannya mengawal tekanan kuasa, brek dan juga suis lampu.

Ketika membuat demonstrasinya, He berjaya menunggang skuter beg itu dari rumahnya ke stesen keretapi Changsha di wilayah Hunan dalam jarak kira-kira 11km.

Menurutnya, dia mengambil masa 10 tahun untuk menghasilkan sebuah skuter beg pakaian seperti itu.

Idea mencipta skuter seperti itu ialah apabila He kehilangan beg pakaiannya ketika hadir ke satu majlis di Amerika Syarikat untuk menerima anugerah untuk sebuah sistem keselamatan kereta ciptaannya.

Sumber: IKA / Mynewshub

0 comments:

Post a Comment