Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 31, 2014

No Comment

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon Waheeda tidak pernah berasa kesal apabila membuat keputusan meninggalkan dunia hiburan selepas berkahwin dengan pendakwah bebas iaitu Akhil Hayy lima tahun lalu.

Malah Waheeda, 36, berkata, dia tidak selesa kerana masih lagi dikenali oleh orang ramai biarpun dia kini sudah mengenakan purdah.

“Saya tidak pernah rasa menyesal dan itu adalah keputusan yang saya buat selepas saya sendiri mengetahui hukumnya haram perempuan menyanyi selain aurat suara yang perlu kita jaga.

“Cuma saya lebih kesal kerana hingga kini ada lagi orang dapat mengenali saya sebagai artis biarpun berpurdah. Ia membuatkan saya rasa tidak selesa terutamanya apabila peminat lelaki pula yang mengenali saya,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Waheeda berkata kehidupannya kini lebih tenang dan dia mempunyai banyak masa untuk bersama keluarga dan suami.

Katanya, biarpun sudah lima tahun mendirikan rumah tangga masih banyak perkara yang dia tidak ketahui tentang suaminya.

“Alhamdulillah, selepas menjadi suri rumah saya banyak masa dengan keluara. Dulu susah sangat nak berkumpul sekeluarga.

“Lima tahun melayari kehidupan suami-isteri, memang kami bahagia dan banyak yang saya belajar. Dalam pada kita rasa kenal suami kita, rupa-rupanya ada lagi perkara yang menjadi kejutan menarik yang membuat kita tak tahu tentang dia,” katanya.

Dalam pada itu, Waheeda berkata, dia kini aktif menjalankan aktiviti usrah dan mengaji bersama rakan-rakan.

Selain itu, dia juga melakukan perniagaan dalam talian seperti menjual koleksi pakaian muslimah dan jubah serta produk kecantikan.

“Kami ada kumpulan usrah dan mengaji setiap minggu bersama rakan-rakan dan saya juga ada mengusahakan perniagaan secara dalam talian, menjual jubah dan produk kecantikan,” katanya yang merancang untuk membuka sebuah butik tidak lama lagi.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment