Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 31, 2014

No Comment

Ibu kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa bunuh sehingga dipenggal kepalanya Siti Salmy Suib masih dalam keadaan bingung apabila dilihat tiba di Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur semalam ketika menuntut jenazah anaknya.

Anaknya, Siti Soffea Emelda, 2, ditemui orang awam dengan kepalanya sudah dipenggal berhampiran Sungai Klang pada malam Khamis lepas.

Menurut laporan The Star, Siti Salmy hanya memberitahu wartawan yang menghampiri beliau bahawa anaknya sudah mati.

“Anak saya dah mati,” katanya.

Dia bertindak menutup mukanya dengan kain putih setiap kali didatangi wartawan yang ingin menemubualnya.

Ibu mangsa turut diiringi empat rakannya ketika di hospital bagi menuntut jenazah anaknya itu.

The Star melaporkan Siti Salmy berjalan sangat cepat, seolah-olah dia mahu menyelesaikan semuanya dengan segera.

Siti Salmy meninggalkan rumah mayat menaiki kereta polis pada 11:45 pagi sebelum kembali pada jam 2.30 petang, selepas solat Jumaat semalam.

Dia sedikit marah apabila ditemui pemberita di tanah perkuburan Batu Muda di Gombak, di mana Siti Soffea dikebumikan.

“Saya dah cakap tak nak cakap. Tak faham bahasa,” katanya.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan seorang pengawal keselamatan di pusat beli-belah Kotaraya melihat Siti Soffea diculik tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menghentikan suspek.

Difahamkan, perkara itu disahkan melalui rakaman video litar tertutup yang diambil dari premis itu.

Sumber: Mynewshub

0 comments:

Post a Comment