Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 31, 2014

No Comment

Sebuah kapal tangki Thailand dipercayai telah dirampas ketika dalam pelayaran ke Indonesia dari Singapura.

Biro Maritim Antarabangsa (IMB) dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia merupakan antara beberapa siri serangan lanun di kawasan perairan Asia Tenggara.

Kapal tangki membawa minyak disel itu yang bernama MT Orapin 4 dengan 14 orang anak kapal terputus hubungan dengan syarikat pemiliknya selepas mula berlayar, demikian menurut Pusat Laporan Kegiatan Lanun IMB di Kuala Lumpur.

Ia dijadualkan untuk berlayar ke Pontianak dalam wilayah Kalimantan, Indonesia.

“Ada kemungkinan kapal berkenaan sudah dirampas,” kata Ketua pusat berkenaan Noel Choong kepada AFP.

Pusat itu kini memohon bantuan kapal-kapal lain untuk cuba mengesan di mana lokasi kapal tangki yang hilang itu.

Pada bulan lepas, sekumpulan lanun bersenjata berat menaiki sebuah kapal tangki Thailand berhampiran perairan di Malaysia dan mencederakan kapten dan merompak muatan disel dari kargonya.

Dalam bulan yang sama juga lanun merampas kapal tangki milik Singapura berhampiran Selat Melaka yang merupakan laluan penting perkapalan menculik tiga kru Indonesia dan turut mencuri muatan kargo disel.

Bermula dari Januari hingga Mac dilaporkan sudah terjadi 23 kejadian serangan di perairan Asia Tenggara kebanyakannya berdekatan Indonesia, menurut IMB.

Sumber: Mynewshub

0 comments:

Post a Comment