Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 30, 2014



New Zealand  - Karen Bass mendakwa rumah dan keretanya telah diliputi dengan najis yang dibuang dari kapal terbang yang melalui kawasan rumahnya.

Warga New Zealand itu percaya yang rumahnya telah 'dilanggar' oleh sisa najis yang besar yang dipercayai najis salah seorang penumpang kapal terbang tersebut.

Rumah Karen Bass dilaporkan berada tepat-tepat pada landasan yang dilalui oleh kapal terbang yang terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland.

"Bila saya berjalan keluar dari pintu rumah saya pagi ini, saya ternampak benda itu. Saya fikir, sebuah kapal terbang telah 'berak' atas kami."

Karen Bass berkata aduan yang telah dibuat olehnya kepada Airways NZ tidak diendahkan.

Pakar penerbangan, Peter Clarke pula mengatakan kes sedemikian teramat jarang sekali jika terjadi.

"Semua pesawat komersial menyimpan bahan buangan, terutamanya dari tandas", tambah Clarke - SiakapKeli.com

1 comments: