Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 16, 2013

No Comment

DI zaman kewujudan ramai ‘pahlawan keyboard’ pada masa kini, penulis menasihatkan agar anda di luar sana berhati-hati dalam merakam atau memuatnaik video yang mungkin boleh memalukan diri.

‘Screenshot’ video yang boleh anda saksikan melalui akaun Facebook Nazrul Zakwan mungkin dibuat secara suka-suka untuk hiburan keluarga, namun apabila ia tersebar ke laman maya, ia bakal mengundang kritikan yang tidak enak didengar.



Empat wanita yang boleh dipanggil makcik-makcik ini bukan saja menggayakan lagu Gwiyomi, tetapi turut menari dengan pelbagai aksi yang kurang sesuai dengan usia mereka.

Di mata perakam dan orang sekeliling, ia tidak membawa apa-apa maksud, tapi di mata pihak luar yang sentiasa memerhati, pakaian yang dikenakan oleh makcik-makcik ini sudah cukup memberikan bonus bagi mewujudkan pelbagai isu termasuklah dari segi politik biarpun secara sinikal.


Justeru, silalah berfikir 150 juta kali sebelum memuatnaik sebarang gambar atau video untuk tatapan umum ya!

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment