Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, July 20, 2014

No Comment
Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk keluarga dan waris mangsa serta membawa balik jasad rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di timur Ukraine, Khamis lepas.

Perdana Menteri berkata pasukan penyiasat Malaysia telah tiba di Kiev dan sedang mengurus aturan untuk memperoleh akses ke lokasi kemalangan, kira-kira 400km daripada ibu negara Ukraine.

"Beberapa pendekatan holistik perlu diambil dan difahamkan puak pemisah telah bersetuju mewujudkan satu laluan selamat untuk pasukan penyiasat menjalankan tugas di tapak nahas.

"Kami harap mereka akan berbuat demikian kerana ini adalah perkara serius dan mereka semua perlu menunjukkan belas kasihan kepada negara-negara yang terbabit serta mangsa-mangsa yang tidak bersalah," kata Najib dalam kiriman terbaru di akaun Facebooknya, Sabtu.

Perdana Menteri berkata beliau juga telah meminta Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman untuk pergi ke Kiev secepat mungkin bagi memastikan pasukan penyiasat boleh melakukan tugas tanpa sebarang gangguan.

"Mereka (Liow dan Anifah) akan menyelaras dan memastikan tuntutan kami dipenuhi. Selain daripada logistik, ini adalah satu perkara geopolitik," katanya.

Najib berkata pengendalian kotak hitam penerbangan MH17 mesti mengikut undang-undang Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan proses mengambil alih kotak hitam mesti dilakukan oleh Malaysia selaku pemilik pesawat berkenaan.

"Apabila menemui waris dan ahli keluarga mangsa, kami memahami perspektif masing-masing sebagai satu unit keluarga. Ia merupakan sesi pertemuan yang penuh emosi dan saya meminta orang ramai sentiasa mendoakan semua yang terbabit dengan tragedi dahysat ini," katanya.

Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah di wilayah Donetsk, timur Ukraine, ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Mengikut senarai penuh penumpang dan anak kapal, majoriti penumpang adalah warga negara Netherlands (193 penumpang) manakala 43 termasuk 15 anak kapal adalah warganegara Malaysia.

Pesawat Boeing 777-200ER itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu Netherlands Khamis dan dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.10 pagi waktu Malaysia, hari berikutnya. ─ BERNAMA

0 comments:

Post a Comment