Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 13, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitah supaya masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu pada Jumaat ini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu kenyataan media memberitahu, baginda mahu solat hajat itu diadakan selepas solat Jumaat pada 14 Mac 2014.

“Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan supaya solat hajat diadakan selepas solat Jumaat pada 14 Mac ini di semua masjid di seluruh negara bagi mendoakan keselamatan penumpang, anak kapal dan semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat,” kata kenyataan itu hari ini.

Hari ini masuk hari ke-6 operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu tetapi tiada petunjuk yang membawa kepada penemuan pesawat itu yang hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing, China.

0 comments:

Post a Comment