Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 30, 2014

No Comment

Disebabkan namanya kini hangat dikaitkan sebagai perampas dan menganggu rumah tangga kekasihnya, pelakon Hanez Suraya mengambil keputusan untuk memperlahankan aktiviti seninya.

Jika sebelum ini, Hanez telah menarik diri daripada menjadi penyampai trofi bagi Anugerah Bintang Popular tahun ini, terbaharu dia mengatakan ingin berehat seketika sehingga isu panasnya itu reda di kemudian hari.

Bercakap kepada Metro Ahad, Hanez menyatakan, “saya sedia maklum, sekarang bukan waktu terbaik untuk muncul dalam mana-mana drama dan apa juga aktiviti. Selagi isu ini tidak reda, selagi itu saya akan mendiamkan diri”.

“Biar saya hadapi masalah ini sendiri dan seboleh mungkin saya tidak mahu disebabkan saya, orang lain terpalit sama. Bayangkan jika drama lakonan saya diboikot, ia pasti memberi kesan kepada pelakon lain.

“Saya tidak mahu perkara seperti itu berlaku dan jalan terbaik, biar saya berehat seketika,” ujarnya lagi.

Nama Hanez yang sudah lebih 10 tahun berkecimpung dalam bidang lakonan menjadi panas gara-gara dia dilaporkan menjadi penyebab kepada keruntuhan rumah tangga kekasihnya, Romie Razin Adilha dengan isterinya, Liyana Manan.

Selepas itu, ketiga-tiga pihak ini tampil mempertahankan diri di media massa bagi membersihkan nama masing-masing.

Namun, akibat insiden ini, kebanyakan peminat mula memboikot Hanez malah menyerangnya dengan kata-kata kurang enak di laman Instagram milik pelakon jelita itu. – SiakapKeli.com

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment