Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 29, 2014

No Comment

PUTRAJAYA –  Kementerian Pengangkutan akan menubuhkan panel antarabangsa bagi meneliti tentang aspek tanggungjawab membabitkan penerbangan MH370.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata hasil siasatan panel itu akan menentukan pihak-pihak yang harus memikul tanggungjawab berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini, ketika ditanya sama ada syarikat China Southern Airlines selaku rakan perkongsian kod penerbangan MH370 bersama-sama Malaysia Airlines (MAS), harus turut bertanggungjawab terhadap penerbangan itu yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia juga akan mempertimbang cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan Jawatankuasa Pilihan Parlimen bagi menyiasat tragedi MH370.

Katanya, beliau percaya semua negara yang terbabit dalam misi mencari dan menyelamat pesawat itu serta rakan-rakan antarabangsa ingin tahu hasil siasatan yang dijalankan oleh Malaysia berhubung kejadian.

Pada masa sama Hishammuddin berkata, sekarang adalah waktu yang terbaik untuk melihat semula bukan sahaja landskap sektor penerbangan tetapi juga aspek keselamatan dan pertahanan.

Ditanya bagi mengesahkan laporan yang memetik sumber bahawa Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) tidak menemui bukti daripada pemacu keras dan simulator penerbangan milik juruterbang MH370 yang mengaitkannya dengan insiden, Hishammuddin berkata beliau serahkan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menjawab perkara itu.

“(Akan tetapi) apa yang saya tahu, tiada yang mencurigakan daripada simulator itu,” katanya yang ditemui pemberita selepas berjumpa dengan anggota keluarga penumpang MH370 di Hotel Everly di sini.

- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment