Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 30, 2014

No Comment

Hishammuddin berkata setakat ini semua 26 negara yang terlibat dalam operasi SAR itu menawarkan  bantuan secara percuma dan tiada sebarang isu berkaitan kewangan dibangkitkan setakat ini. 

“Dalam hal ini berapa banyak duit pun tidak menjadi pertimbangan kerana apa makna wang Ringgit jika kita sendiri tak tahu apa berlaku kepada MH370 yang boleh jadi tanda tanya kepada setiap orang yang naik kapal terbang sekarang,” katanya.

Mengenai cemuhan yang dilontar pihak tertentu terhadap cara Malaysia menyelesaikan kehilangan pesawat MH370, Hishamuddin menegaskan perkara sedemikian tidak wajar berlaku kerana operasi SAR melibatkan 26 negara lain yang mana ada antaranya mempunyai peralatan serta teknologi yang canggih dan moden.

“Kita tak dicemuh begitu teruk kerana mereka (yang terlibat) pun tidak ada jawapan. Orang lain hebat kenapa mereka tak jawab? Yang cari di Lautan Hindi aset kita kah?

“Ada imej di Laut China Selatan dari cerapan satelit China. Kita kembali dan ulangi pencarian yang telah kita lalui dan umumkan (hasil) negatif,” jelasnya.

0 comments:

Post a Comment