Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 31, 2014

No Comment

SEOUL – Dua negara Korea berbalas bedilan di sempadan laut yang dipertikaikan selepas Seoul menyatakan tentera Pyongyang membedil di perairan Korea Selatan.

“Beberapa peluru artileri yang ditembak Korea Utara jatuh di kawasan kami dan pihak kami membalas bedilan itu,” kata seorangjurucakap Ketua Turus Bersama (JCS) Korea Selatan.

Tiada petunjuk sama ada kedua-dua pihak membedil ke sasaran khusus.

Latihan menembak oleh Korea Utara bermula pada jam 12.15 tengah hari (11.15 waktu Malaysia) dan Korea Selatan mula membalasnya dalam masa 30 minit.

Sempadan Laut Kuning adalah wilayah amat sensitif dan menjadi medan pertempuran berdarah sebelum ini.

Pada November 2010, Korea Utara membedil Pulau Yeonpyeong di Korea Selatan dan menyebabkan empat penduduk terbunuh. – AFP

0 comments:

Post a Comment