Demi menghormati tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH370, kumpulan popular, Forteen mengambil keputusan untuk menunda konsert mereka, Kita 20Forteen pada penghujung April depan.
Konsert khas untuk peminat setia Forteen ini sepatutnya dijadualkan berlangsung semalam namun ianya telah ditunda ke tarikh baru iaitu pada 26 April ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Norman Abdul Halim, penundaan ini adalah di atas rasa simpati terhadap kejadian yang menimpa 227 penumpang serta 12 anak kapal yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Walaupun tarikh konsert itu bertukar namun lokasi konsert itu masih lagi dikekalkan di KL Live @ Life Centre, Jalan Sultan Ismail. - SiakapKeli.com
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment