Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 29, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengecam pejuang hak asasi kerana langsung tidak menyuarakan bantahan terhadap keputusan mahkamah Mesir menjatuhi hukuman mati ke atas 529 pendokong Ikhwanul Muslimin.

Setiausaha Agungnya, Prof. Madya Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor berkata, hukuman mati itu jelas dan bertentangan dengan prinsip demokrasi yang memberi ruang kepada setiap individu untuk bersuara demi hak mereka.

“Tindakan itu satu bentuk kezaliman melampau dalam dunia moden hari ini. Apakah mereka (mahkamah Mesir) ingin mengatasi kezaliman yang dilakukan oleh Firaun?,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Roslan berkata, PUM turut mengecam kuasa barat kerana membisu di atas kezaliman tersebut sedangkan hukuman itu satu pencabulan hak dalam dunia moden dan melanggar prinsip demokrasi.

Menurutnya, kerajaan Malaysia juga perlu menunjukkan keberanian dan menyatakan pendirian yang tegas dalam hal tersebut.

Media sebelum ini melaporkan sebuah mahkamah di Mesir menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong Presiden yang digulingkan, Mohamed Mursi selepas perbicaraan secara massa.

Penyokong Mursi berdepan dengan tindakan keras untuk menghancurkan sokongan mereka oleh kerajaan yang dibentuk tentera sejak Julai lalu. – SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment