Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 30, 2014

30
Mar2014
No Comment

KUALA LUMPUR – Pasukan Pahang merampas kedudukan teratas Liga Super daripada Terengganu selepas menang 2-0 ke atas Perak di Stadium Darul Makmur malam ini.

Dua gol menerusi Dickson Nwakaeme pada minit ke-10 dan R. Gopinathan (36′)membolehkan skuad ‘Tok Gajah’ kendalian Zainal Abidin Hassan mengutip 19 mata selepas mengharungi 10 perlawanan.

Terengganu pula turun ke tangga kedua liga selepas sekadar terikat 1-1 ketika berdepan jiran mereka, Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Pemain import dari Mesir, Mohamed Shawky Yazid meletakkan Kelantan di depan pada minit ke-15 sebelum Zairo Anuar Zailani menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma pada minit ke-35.

Sime Darby FC turut meraih tiga mata selepas mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Tiga gol pasukan tuan rumah dijaring oleh Mohd Arif Ismail pada minit ke-29, William Mensah (59′) dan Mahmoud Al Amna (64′) manakala dua gol ATM disumbang oleh Bruno Sebastian Martelotto menerusi sepakan penalti pada minit ke-10 dan Juan Manuel Arostegui (53′).

Terdahulu, kedua-dua pasukan terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas melakukan kekasaran ke atas pemain lawan.

Pemain sayap ATM, Christie Jayaseelan dilayang kad merah selepas mengasari Mohd Arif pada minit ke-50 manakala pemain import Sime Darby FC, Dilshod Sharofetdinov diarah keluar padang selepas mengutip kad kuning kedua pada minit-minit terakhir perlawanan.

Pertembungan ‘adik abang’ antara Selangor dan Selangor PKNS FC di Stadium Shah Alam pula menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2-2.

Dua gol Selangor dijaring oleh Helmi Remeli pada minit ke-18 (gol sendiri) dan pemain gantian Afiq Azmi (74′) manakala Mohd Aminuddin Mohd Noor menghasilkan jaringan untuk pasukan pelawat pada minit ke-22 dan 72′.

Terdahulu, Selangor PKNS FC terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Muhammad Nazmi Faiz Mansor diperintah keluar padang kerana mengutip kad kuning kedua pada minit ke-67.

Dua lagi perlawanan Liga Super berakhir dengan keputusan seri 1-1 membabitkan pasukan Lions XII dan T-Team di Stadium Jalan Besar, Singapura serta Johor Darul Ta’zim dan Sarawak di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment