Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 30, 2014

No Comment

Di bawah persetujuan yang dicapai sejak 1963 dengan kaum Melanau, satu daripada dua kerusi DUN iaitu Dalat dan Balingian atau kerusi parlimen Mukah, perlu diwakili seorang Kristian Melanau.

Apabila Anggota Parlimen Mukah Datuk Seri Muhammad Leo Michael Toyad memeluk Islam beberapa tahun lepas manakala Adun Dalat Datuk Fatimah Abdullah beragama Islam, BN yang menghormati persetujuan itu terpaksa meletakkan seorang Kristian di DUN Balingian pada PRK ini.

PRK Balingian yang diadakan ekoran pengunduran Abdul Taib yang dilantik sebagai yang Yang Dipertua Negeri, menyaksikan calon BN, bekas pegawai Daerah Dalat, Yussibnosh Balo, menewaskan calon PKR, seorang ahli perniagaan Abdul Jalil Bujang dengan majoriti 6,911.

Majoriti yang diperolehnya itu dilihat bertambah sebanyak 1,757 berbanding majoriti 5,154 yang diperoleh Abdul Taib pada pilihan raya negeri 2011.

PRK Balingian yang diadakan kira-kira seminggu selepas PRK Kajang, menyebabkan beberapa pemimpin BN mengungkap kata-kata “Kajang lain, Balingian lain” dalam kempen-kempen mereka.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditemui sejurus selepas pengumuman kemenangan BN di Dewan Suarah Mukah berkata keputusan PRK itu merupakan testimoni kepada sokongan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Adenan.

PRK Balingian berlangsung dalam suasana yang cukup aman sejak mula tempoh berkempen lagi, tanpa sebarang kejadian tidak diingini, tanpa provokasi liar perayu undi, mahupun kempen maki hamun yang bertujuan mengaibkan mana-mana pihak.

Ia diakui sendiri Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang mengesahkan bahawa PRK Balingian adalah antara terbaik yang pernah dilaluinya apabila ramai pengundi yang turun menunaikan tanggungjawab mengundi di awal hari, dan proses mengundi berjalan lancar tanpa provokasi-provokasi keras pihak yang bertanding.

Ia mungkin disebabkan sejak awal lagi pembangkang sudah tidak nampak peluang mereka untuk memenangi kerusi DUN Balingian, menjadikan kempen mereka amat hambar.

Kunjungan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang terlalu singkat ke Mukah juga gagal menarik perhatian ramai, walaupun ketua umum PKR itu pernah diangkat sebagai bertaraf ‘penghibur’ oleh bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin sebelum ini.

Secara umumnya ramai yang terbabit dengan PRK ini sependapat bahawa kemeriahannya agak terjejas kerana ia berlangsung ketika seluruh negara kini dilanda kesedihan berikutan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada 8 Mac lepas.

Walau apapun, yang pasti ialah kemenangan ini tentunya akan menyuntik semangat juang BN Sarawak untuk terus menampilkan aksi cemerlang pada pilihan raya negeri akan datang. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment