BEIJING – China perlu menghadapi tragedi pesawat MH370 yang hilang secara ‘rasional’ selepas pelbagai dakwaan serong ahli keluarga penumpang yang menarruh harapan mangsa masih lagi hidup.
Menggunakan tajuk “Hadapi tragedi MH370 dengan rasional”, akhbar China Daily milik kerajaan, hari ini memaparkan artikel editorial akhbar itu mengenai MH370.
Akhbar itu berkata: “Ia hampir nyata bahawa pesawat MH370 jatuh di Lautan Hindi dan tiada seorang di dalam pesawat terselamat.”
“Kita tidak sepatutnya menaikkan lagi perasaan marah mengenai fakta ini sebaliknya hadapi dengan rasional.
“Perkataan dan tingkah laku adalah dua perkara yang ‘tidak banyak membantu’ dan mereka yang terbabit perlu membuat persiapan untuk pengkebumian.”
Akhbar itu juga menekankan bahawa ia memerlukan banyak masa untuk mendapatkan penemuan dan menganalisis data teknikal mengenai kejadian itu.
“Mengapa kita tidak bersabar dan menunggu sehingga mereka menjumpai bangkai pesawat dan mendapatkan bukti,” tanya akhbar itu.
“Pendapat umum tidak sepatutnya menyalahkan pihak berkuasa Malaysia kononnya menyorokkan maklumat disebabkan sukarnya untuk menemui bahan bukti,” kata akhbar itu.
Penulis artikel itu, Mei Xinyu adalah seorang penyelidik di Institut Kementerian Perdagangan dan amat dikenali sebagai pengalisis mengenai isu tuntutan perdagangan antarabangsa. – AFP
0 comments:
Post a Comment