Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 13, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) akan menghantar surat bantahan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan penganjuran `Pink Dot Penang 2014′ di Pulau Pinang pada 29 Mac ini yang dipercayai bagi meraikan kumpulan lesbian, gay, bisexual, transgender (LGBT).

Setiausaha Agungnya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, ABIM akan turut menghantar surat itu kepada kerajaan Pulau Pinang, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Pejabat Perdana Menteri.

“Berdasarkan rujukan terhadap laman Pink Dot Singapore, pada tahun 2013 acara seumpama itu telah diadakan secara besar-besaran dengan tujuan menyeru persamaan hak bagi komuniti LGBT agar hubungan sesama jenis tidak dianggap suatu yang negatif.

“Abim membantah penganjuran Pink Dot Penang 2014 yang dilihat bertujuan meraikan kumpulan LBGT. Acara sebegitu amat bercanggah dengan nilai-nilai pelbagai agama dan adat budaya di Malaysia,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Muhammad Faisal berkata, usaha menganjurkan acara itu di Malaysia juga satu perbuatan biadab dan tidak menghormati sentimen majoriti masyarakat Malaysia yang majoritinya umat Islam.

Beliau turut memaklumkan, ABIM akan turut membuat laporan polis berhubung acara itu supaya siasatan dapat dilakukan oleh pihak berkuasa.

0 comments:

Post a Comment