Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 10, 2014

No Comment


LONDON – Emmanuel Adebayor mencerahkan harapan Tottenham Hotspur untuk layak ke Liga Juara-Juara dengan penyudahan sempurna pada babak kedua perlawanan di White Hart Lane bagi memberi kemenangan berharga 1-0 ke atas Everton malam tadi.

Pasukan Tim Sherwood itu kini mengatasi Everton dengan dua mata dan naik ke tempat kelima Liga Perdana Inggeris dan hanya tiga mata di belakang Liverpool yang berada di tempat keempat hasil kemenangan itu.

Adebayor jarang bermain pada awal musim ini berikutan perselisihan faham dengan pengurus pada masa itu, Andre Villas-Boas.

Namun, Sherwood membariskan semula Adebayor dalam kesebelasan utama dan bekas bintang Arsenal itu membalas kepercayaan yang diberikan dengan menjaringkan tujuh gol dalam 11 penampilan sejak pemecatan Villas-Boas. – AFP

0 comments:

Post a Comment