Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, February 28, 2014

No Comment

SHAH ALAM – Peratusan undi kepada calon BN di Dun Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun dijangka bertambah berbanding PRU13 lalu.

Geostrategi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan berkata, Mei Fun diramalkan mampu mendapat sokongan terbesar daripada penduduk Melayu yang meliputi 48 peratus pengundi berdaftar di Kajang.

Katanya, pengundi Melayu telah belajar dari kealpaan PRU13 di mana sokongan pengundi Cina secara menyeluruh kepada PR hampir menumbangkan kerajaan BN.

“Berdasarkan statistik PRU13, hampir 60 peratus daripada keseluruhan pengundi Melayu Kajang memberi sokongan kepada BN iaitu calon dari MCA. Tetapi PRK Kajang adalah berbeza semasa PRU13.

“Pengajaran dari PRU13, pengundi Melayu akan mengalih sokongan kepada BN. Malah, tidak mustahil peratus sokongan pengundi Melayu kepada BN mampu melonjak sehingga 80 peratus,” katanya kepada Sinar Harian.

Kajang mempunyai 38,965 pengundi berdaftar dan daripada jumlah ini 48 peratus ialah pengundi Melayu, 41 peratus Cina, 10 peratus India dan lain-lain 1 peratus.

Calon PKR di PRU13, Lee Chin Cheh menang setelah memperoleh 19,571 undi dengan majoriti 6,824 undi.

Manakalan, calon MCA, Lee Ban Seng kecundang dengan mendapat hanya 12,747 undi.

Bagi PRK 23 Mac ini, Mei Fun berdepan calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta dua calon bebas iaitu Datuk Zaid Ibrahim dan S Nallakaruppan.

Katanya, undi protes daripada pengundi Cina dijangka menjejaskan sokongan kepada PKR dan memberi kelebihan kepada BN.

“Pada PRU13, sokongan pengundi Cina kepada PKR adalah 80 peratus dan besar kemungkinan akan menurun sebagai tanda protes. Protes pengundi Cina dijangka berlaku kerana PRK Kajang tidak akan mengubah status quo kerajaan PR di Selangor.

“Manakala, Mei Fun mampu meraih pengundi Cina yang sebelum ini mengundi PKR berlandaskan tiga faktor iaitu kepimpinan baharu MCA, undi protes terhadap PKR kerana seakan-akan mempermainkan pengundi dan undi simpati daripada pengundi wanita.

“Gabungan tiga faktor ini mampu memperbaiki sokongan 20 peratus pengundi Cina kepada BN semasa PRU13 kepada hampir 40 peratus dalam PRK Kajang,” katanya. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment