Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, February 28, 2014

No Comment

RASANYA ramai yang tertanya-tanya mengapa gambar Qi Razali kini jarang menghiasi akaun Instagram kekasihnya, Nelydia Senrose.

Kalau diperhatikan, ternyata gambar pasangannya dalam drama bersiri ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’, Sharnaaz Ahmad dilihat lebih banyak bersamanya.

Secara tidak langsung, ada di kalangan peminat mula membuat andaian bahawa hubungan Nelydia dan Qi sedang goyah.

Bagaimanapun, menerusi Berita Harian, Nelydia berkata mereka sebenarnya tidak mempunyai sebarang masalah, malah masih bersama hingga ke hari ini.

“Sebenarnya, saya malas hendak melayan cerita begini. Kalau dinafikan sekalipun, saya tahu orang tidak mahu mendengar apa yang keluar dari mulut kita. Sebaliknya, mererka hanya ingin dengar apa yang mereka mahu dengar,” ujarnya.

Ditanya mengenai gambar-gambar mesranya bersama Sharnaaz, ini jawapan Nelydia:

“Kami bukannya bergambar berlebih-lebihan pun. Apatah lagi, tujuan kami hanyalah untuk mempromosikan drama ini, tetapi niat kami pula disalahertikan.”


Hmm, zaman sekarang ini, semua perkara dinilai melalui akaun sosial kita. Kalau ‘terkurang’ sikit di mata orang lain, mulalah ada yang mengata, betul tak?

Tapi, kami tabik dengan Qi yang begitu memahami kekasihnya dan Sharnaaz sekadar berlakon dan tidak menyimpan sebarang perasaan intim. Untung Nelydia…


Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment