Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, February 28, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes samannya terhadap pengendali blog ‘Papa Gomo’ berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkannya (Anwar) dalam video seks di blog berkenaan.

Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop membuat keputusan itu selepas membenarkan saman dikemukakan Anwar terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris, di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam N.Surendran dan Lateefa Koya yang mewakili Anwar dan peguam Jasbeer Singh Kawna yang mewakili Wan Muhammad Azri.

Surendran ketika ditemui pemberita, memberitahu mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati Anwar selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutannya dan Wan Muhammad Azri adalah ‘Papa Gomo’.

Beliau berkata mahkamah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi RM800,000 kepada Anwar.

“Mahkamah juga memerintahkan defendan membayar kos sebanyak RM50,000 kepada plaintif,” kata Surendran.

Jasbeer Singh pula memaklumkan pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan itu.

Pada 21 Mac tahun lepas, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment