Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, February 28, 2014

No Comment

SETIU – Sebanyak 14,462 penduduk daerah Setiu yang tidak memiliki akaun bank akan menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM8.1 juta tahun ini secara berperingkat, kata anggota Parlimennya Che Mohd Zulkifly Jusoh.

BR1M akan diedarkan secara berperingkatt setelah pihaknya menerima baucar dan majlis pengagihan akan diadakan mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)masing-masing, katanya kepada pemberita sempena Majlis Pelancaran Pembahagian BR1M Parlimen Setiu di Dewan Majlis Daerah Setiu di sini.

Beliau berkata sempena majlis itu sebanyak 1,000 penerima dari empat DUN iaitu Langkap, Jabi, Batu Rakit dan Permaisuri menerima bantuan itu hari ini.

Seorang penerima Minah Musa, 72 dari Kampung Bahagia berkata pemberian BR1M itu membuktikan kerajaan Barisan Nasional sangat prihatin tentang nasib rakyat dan tidak pernah meminggirkan warga emas sepertinya.

“Mak cik tak pernah lagi tak dapat apa-apa bantuan, semuanya Mak Cik dapat, hari ni pun Mak Cik dapat RM650 memang cukup untuk belanja makan minum Mak Cik empat beranak,” katanya yang juga merupakan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment