Seperti yang kita semua sedia maklum akan status terbaru pelakon dan penyanyi terkenal Erra Fazira, pengarah Konsert Teaterikal Suara Kita, Erma Fatima telah mengurangkan beberapa babak romantis dan intim yang melibatkan Erra dan Awie yang merupakan pasangannya dalam naskhah teater terbabit.
Erma berkata dia memahami situasi Erra yang kini berada dalam tempoh edah selama tiga bulan selepas penceraiannya selain Erra turut membuat permintaan tidak mahu beraksi secara berlebihan pada pementasan itu nanti.
“Sebagai pengarah saya mahu melihat mereka ikut semua babak-babak daripada filem asal dalam pementasan ini termasuk adegan romantik supaya penonton dapat merasai seperti mana mereka menonton filem Sembilu 20 tahun lalu,” jelasnya memetik portal mStar.
Erra dan bekas suaminya, Engku Emran disahkan bercerai pada 18 Februari lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam selepas tujuh tahun hidup bersama.
Hasil perkahwinan itu, Erra memiliki seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 5, yang diberi hak jagaan sepenuhnya kepada Engku Emran.
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment