Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 26, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Volkswagen Group Malaysia Sdn Bhd dijangka memperkenal Volkswagen “Jetta”, yang dipasang dalam negara dalam tempoh kurang dari sebulan, kata Pengarah Urusannya Christoph Aringer.

“Menerusi pengenalan model tempatan, unit komponen terurai “Jetta” akan menyertai Passat dan Polo sedan dan hatchback. Model itu siap dibina dengan varian 1.4 turbo pada harga RM151,888.

“Model tempatan itu akan menjadi varian keempat Volkswagen yang dipasang di kilang DRB-HICOM di Pekan, Pahang,” katanya kepada Bernama selepas menyerahkan  Volkswagen Beetle 2.0 kepada pemenang utama pertandingan “Win an iconic Volkswagen Beetle” di sini, hari ini.

Pertandingan itu yang diadakan sempena Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur Edisi 2013 pada November lepas, merupakan usaha sama antara Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Volkswagen Malaysia.

Terdahulu, bercakap pada acara penyampaian hadiah itu, Aringer berkata, Volkswagen berbesar hati menyertai pameran motor terbesar Malaysia dan bekerjasama dengan Maybank.

“Model Beetle ialah definisi sebenar suatu ikon, memberi kesan kepada setiap lapisan masyarakat sejak 1930-an, dan masih terus dikenali di seluruh dunia hari ini,” katanya.

Model Beetle 2.0 diimport ke Malaysia pada November 2012. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment