Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 27, 2014

27
Feb2014
No Comment

ACAPULCO (Mexico) – Pemain pilihan utama, David Ferrer menewaskan rakan senegara dari Sepanyol, Feliciano Lopez 7-6 (1), 6-2 hari ini untuk mara ke suku akhir Terbuka Mexico bagi kali lima berturut-turut.

Ferrer yang cuba meraih kejuaraan keempat di Mexico itu akan bertemu pemain dari Afrika Selatan, Kevin Anderson yang menewaskan pemain dari Amerika Syarikat, Sam Querrey 7-6 ( 2), 6-4.

Sementara itu, Gilles Simon dari Perancis menewaskan Donald Young dari Amerika Syarikat 6-4, 6-3, Alexandr Dolgopolov (Ukraine) mengalahkan Jeremy Chardy (Perancis) 6-3, 6-4 manakala Ivo Karlovic (Croatia) menundukkan Dudi Sela (Israel) 7-6 (4), 6-2. – AP

0 comments:

Post a Comment