Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 26, 2014

No Comment

KOTA BAHARU – Keluarga seorang pelajar sekolah tahfiz yang mayatnya ditemui tergantung di dalam tandas sekolah berkenaan pada Disember tahun lalu memohon agar diadakan inkues bagi menyiasat punca sebenar kematian pelajar itu.

Bapa pelajar itu, Wan Abdul Rahman Wan Yaakob, 68, berkata inkues perlu diadakan kerana yakin anaknya, Wan Ahmad Faris, bukannya mati kerana membunuh diri.

“Saya yakin anak saya mati dibunuh berdasarkan kepada beberapa petunjuk dan inkues ini perlu diadakan untuk membersihkan nama arwah dan nama kami sebagai ibu bapanya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di sini, Rabu.

Turut hadir isterinya Rohani Hussin, 59, dan peguam keluarga itu Alias Ibrahim.

Pada 14 Dis lalu, mayat Wan Ahmad Faris yang merupakan pelajar Tingkatan Empat Sekolah Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas di sini ditemui mati tergantung dalam keadaan memakai baju dan berjaket.

Mayatnya ditemui penyelia asrama selepas menghidu bau busuk dari dalam tandas asrama tersebut.

Pakar forensik yang melakukan bedah siasat terhadap mayatnya bagaimanapun mengesahkannya sebagai kematian mengejut dan tiada kaitan dengan unsur jenayah.

Polis yang menyiasat kes itu juga tidak menjumpai sebarang benda atau senjata berbahaya di lokasi kejadian malah tiada sebarang kecederaan fizikal pada tubuh mangsa yang menunjukkan pelajar tersebut bergelut atau diserang.

Wan Abdul Rahman berkata laporan polis yang pertama dilakukan keluarganya pada Januari lalu dan sehingga kini keluarganya tidak dimaklumkan sebarang perkembangan lanjut.

“Ini kali kedua laporan polis yang saya buat dan berharap sesuatu dapat dilakukan. Kami sekeluarga tidak percaya anak kami membunuh diri kerana dia merupakan seorang pelajar yang tahu hukum hakam agama selain hafaz al-Quran,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment