KUALA LUMPUR – Agensi Angkasa Negara (AAN) berjaya merakam imej Tompok Matahari atau Sun Spot yang muncul pada permukaan matahari baru-baru ini.
AAN dalam satu kenyataan media memberitahu, imej itu dirakam oleh Penolong Pegawai Sains Observotari Negara Langkawi (ONL) AAN, Karzaman Ahmad.
“Beliau merakamkan imej itu menggunakan teleskop Celestron C11 dan Kamera Skynyx. Gambar bumi diletakkan bersebelahan dengan tompok matahari tersebut sebagai perbandingan saiz,” kata kenyataan itu hari ini.
Kenyataan itu menjelas lanjut fenomena itu, beberapa hari lalu tompok matahari yang kompleks muncul di permukaan matahari yang dikenali sebagai tompok matahari AR1990.
Ia merupakan satu kelompok tompok matahari yang besar dimana saiznya lebih besar daripada bumi dan cuaca cerah sejak beberapa hari lalu memberi peluang untuk tompok matahari AR1990 itu dirakamkan menerusi teleskop.
“Ia salah satu fenomena yang masih dalam kajian penyelidik matahari,” jelas kenyataan itu.
0 comments:
Post a Comment