Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, February 28, 2014

No Comment

RUMIT juga kisah percintaan pelakon Hanez Suraya dengan jejaka bernama ‘R’ yang juga bakal suaminya.

Mungkinkah gosip yang bertebaran mengatakan dia bercinta dengan suami orang sememangnya betul?

Kenyataannya menerusi Harian Metro tampaknya semakin jelas menunjukkan bahawa dakwaan tersebut mungkin benar belaka.


Katanya:

“Saya dengan rendah hatinya ingin memohon maaf mengenai kenyataan berkaitan R seorang duda baru-baru ini. Saya tahu status dan cerita sebenar mereka (status perkahwinan R), tapi tak mahu membuka aib mana-mana pihak sekarang.

“Saya juga tak ada hak untuk bercakap mengenai status dan hal peribadinya melainkan ia datang daripada mulutnya sendiri. Apa juga berlaku, biarlah tuan punya badan yang bercakap sendiri. Tolong hormati perkara itu.”

Sebelum ini, Hanez menafikan cakap-cakap orang bahawa teman lelakinya itu merupakan suami orang, sebaliknya memberitahu dia seorang duda.

Bagaimanapun, ada sumber yang mengatakan bahawa lelaki itu sebenarnya masih belum bercerai dengan isterinya.


Hmm, pening-pening! Hendak cakap banyak pun susah selagi belum ada sidang media diadakan bagi menjelaskan kekusutan yang timbul.

Apa pun, kita tunggu dan lihat sahaja ‘drama’ selepas ini…

Oleh: ELZA

(Sumber asal: OhBulan! / Harian Metro)

0 comments:

Post a Comment