Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan negeri itu ketika sedang berdepan krisis air termasuk catuan akibat kemarau menuju ke Jepun selepas dihalang memasuki negara itu 19 Januari lalu.
Menerusi laman Twitter pada Khamis, Ketua Pembangkang itu yang akan bertanding dalam PRK DUN Kajang 23 Mac ini, memaklumkan beliau telah selamat sampai ke negara dan cuacanya ok
Beliau menyertakan gambar Datuk Kamaruddin Jaafar dan Shamsul Iskandar Mat Akin antara yang turut serta dalam delegasinya.
Difahamkan, acara di Jepun sangat padat, kerana beliau telah diaturkan untuk memberi syarahan serta mengadakan pertemuan dengan pihak media Jepun.
Anwar turut mengirim gambar beliau sedang menyampaikan ceramah tentang kebangkitan rakyat Arab di National Graduate Institute for Policy Studies.
Namun yang menarik adalah sekeping gambar menunjukkan Anwar dikelilingi puluhan jurugambar dan jurukamera memberi tafsiran beliau mendapat perhatian ramai petugas media.
Beliau retweet atau RT dari akaun @faizalkilfi yang pada kiriman asal menulis Anwar macam superstar manakala gambar sama turut di retweet @OrenjiRenOren:Biar gambar berbicara @ anwaribrahim di Narita Airport.
Bagaimanapun, berdasarkan time line, Orenji yang paling awal mengirim gambar tersebut.
Timbul persoalan, adakah kiriman gambar itu bagi memberi maksud Anwar mendapat sambutan hangat media ketika tiba di Narita Airport, Jepun?
Jika itu yang mahu digambarkan oleh faizalkifli dan OrenjiRen yang dipercayai anggota AMK, ternyata gambar itu bukan di Jepun sebaliknya di mahkamah Jalan Duta ketika Anwar dibebaskan daripada kes liwat pada 9 Januari 2012 atau ketika himpunan 901 bagi menyokong Ketua Pembangkang itu.
Gambar berkenaan cuma ada perbezaan di beberapa sudut termasuk mengeluarkan gambar anggota polis yang berada di belakang sekali.
Orenji bagaimanapun selepas ditanya @AMKPerlis mengenai kesahihannya dan mungkin takut kantoi akan mungkin jadi isu yang akan memalukan Anwar, mengaku tidak sebaliknya ia bertujuan provokasi untuk puak kangkung.
Malah beliau memberi gambaran, tindakannya itu ‘nampaknya berjaya’.
Cerita kenapa penyebaran gambar ketika Anwar berada di Jepun, boleh difikirkan dan dinilai sendiri rakyat negara ini.
Moralnya tentu menjurus kepada penipuan demi penipuan yang cukup sinonim dengan pemimpin-pemimpin PKR..Jika ini satira politik, ianya satira mahu membodohkan Anwar, parti dan diri sendiri. –bnbbc.my
0 comments:
Post a Comment