Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 10, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Parti DAP cukup gembira dengan tindakan pemimpin Pertubuhan Hindraf, P.Waythamoorthy meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Perkembangan terbaharu politik tanah air tersebut digunakan sebaik mungkin oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai bahan politik untuk memburuk-burukkan kerajaan.

“Waythamoorthy akan meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan senator disebabkan pentadbiran kerajaan mengkhianati masyarakat India.

“Nampaknya hanya Waythamoorthy dan Hindraf yang selama ini tidak menyedari ketidakinginan kerajaan menunaikan janji,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Media kelmarin melaporkan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waythamoorthy akan meletakkan jawatan dalam semua jawatan dalam kabinet termasuk sebagai Ahli Dewan Negara.

Perkara itu dimaklumkan melalui satu kenyataan oleh Hindraf hari ini.

Setiuasaha Hindraf P.Ramesh dalam kenyataan itu dipetik berkata, Waythamoorthy membuat keputusan untuk meletakkan jawatan kerana mendakwa Barisan Nasional (BN) tidak memenuhi janji yang dibuat kepada kaum India.

Kit Siang yang mengambil kesempatan daripada isu perletakkan jawatan tersebut turut menghasut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan supaya mengambil tindakan sama.

“Bila Paul Low akan meletak jawatan memandangkan pentadbiran kerajaan BN tidak menunjukkan kesungguhan untuk memerangi rasuah dan salah guna kuasa,” katanya. 

0 comments:

Post a Comment