Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, December 6, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak terpaksa meninggalkan Perhimpunan Agung UMNO sejurus selepas menyampaikan ucapan dasar kerana bergegas untuk meninjau banjir di Pahang.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2013, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, sebentar tadi.

SEMENTARA itu jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata,jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir kinimencecah 38,323 orang dari 9,153 keluarga.

Mereka ditempatkan di 122 pusat pemindahan dalam tujuh daerah sehingga pukul 8pagi Khamis.

Daerah Kuantan masih mencatat jumlah pemindahan mangsa tertinggi iaitu seramai30,307 orang dari 1,561 keluarga yang ditempatkan di 85 pusat pemindahan.

Di Rompin, sejumlah 4,289 mangsa ditempatkan di 15 pusat pemindahan dan di Pekan, 3,037 mangsa banjir ditempatkan di 11 pusat pemindahan.

Di Maran, 637 mangsa ditempat di enam pusat pemindahan dan Jerantut, 25 mangsaditempatkan dua pusat pemindahan.

Di Lipis seramai 21 mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan dan diTemerloh, tujuh mangsa ditempatkan di satu pusat pemindahan.

Di KUALA TERENGGANU, jumlah mangsa yang dipindahkan ke 101 buah pusat pemindahan meningkat kepada 7,780 orang pada sebelah pagi berbanding 5,393 orang pada Rabu malam.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negeri (MKN), keadaan banjir semakin kritikaldengan Besut merupakan daerah terbaharu yang dilanda, dengan 102 orang daripada 24 keluarga dipindah ke enam pusat pemindahan sejak 4 pagi tadi.

Pusat pemindahan itu merupakan Balairaya Kampung Renek, Dewan Serbaguna Kampung Padang Bual, Dewan Sivik Pasir Akar, SK LKTP Tenang, Surau Kayu Kelat dan Surau Kampung Bukit Mali.

Kemaman masih merupakan kawasan paling teruk terjejas dengan seramai 3,840orang dari 916 keluarga dipindahkan.

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pagi ini berkenan melawat pusatpemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail II dan SekolahKebangsaan Seri Iman, Kemaman dengan diiringi Menteri Besar Datuk Seri AhmadSaid.

Di Dungun, jumlah mangsa yang dicatat sehingga pukul 9 pagi ini ialah seramai2,130 orang daripada 527 keluarga, di Hulu Terenganu seramai 1,654 orang (472 keluarga) dan Marang seramai 54 orang (14 keluarga).

Sementara itu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri melaporkan paras air sungai di kebanyakan sungai utama berada pada paras bahaya.

0 comments:

Post a Comment