Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 30, 2013

No Comment

Walaupun tidak mengesahkan mereka kini sedang menjalinkan hubungan cinta, namun rata-rata sudah dapat mengagak status sebenar Aiman Hakim dan Nur Fathia.

Aiman juga mengakui sudah pun membawa Fathia berjumpa ahli keluarganya, malah aktres itu merupakan wanita pertama yang dibawa berjumpa keluarganya.

Namun, Aiman, 24, menyatakan dia redha sekiranya tak ada jodoh dengan Fathia kelak.

Menurut kenyataannya dalam sebuah akhbar harian, Aiman mengatakan, “saya reda sekiranya memang tiada jodoh antara kami nanti”.

Ini kerana nama Fathia, 26, sebelum ini banyak kali dikaitkan mempunyai hubungan dengan kerabat diraja dan VIP yang lain.

Menjawab persoalan itu, Aiman berkata, “dalam hali ini, saya tidak ada hak untuk memberikan sebarang komen sekiranya ia benar-benar berlaku. Ini kerana dia bukanlah milik saya selagi belum berkahwin,” katanya lagi yang tidak menetapkan sebarang sasaran untuk mengakhiri zaman bujangnya.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment