PESAWAT yang membawa seramai 231 penumpang pada 1 November 2011 itu terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Chopin, Warsar.
Kejadian 2011 itu masih segar dalam ingatan salah seorang penumpang, Greg Cowan yang menceritakan pengalaman ngeri itu kepada BBC.
“Kapten meminta kepada kami semua supaya mengambil tempat masing-masing dan bersedia dengan impak pendaratan tersebut,” jelas Cowan.
Namun, apa yang membanggakan apabila Kapten Wrona berjaya mendaratkan pesawat tersebut dengan selamat tanpa sebarang kecederaan kepada krew kabin serta penumpang.
Tambah Cowan, dalam sepanjang hidup beliau menaiki pesawat, itu adalah antara pendaratan yang paling lancar pernah beliau rasakan.
“Saya ingatkan akan berlaku hentakan seperti kemalangan kereta, tapi apabila saya tengok luar, pesawat sudah berada di atas daratan. Sangat mengkagumkan,” ujar Cowan.
Tepukan para penumpang hanya kedengaran 2 saat sahaja apabila krew cabin meminta kesemua penumpang untuk keluar daripada pesawat tersebut apabila Kapten Wrona melihat kepulan asap hitam dibahagian enjin kiri pesawat.
Menurut Cowan, kesemua penumpang diminta meninggalkan pesawat dengan pantas.
Kecekapan pihak pengurusan lapangan terbang berjaya memadamkan punca kebakaran daripada terus merebak.
Pada 7 November 2011, Kapten Wrona dianugerahkan salah satu pingat tertinggi Poland, Order of Polonia Restitua (Officer Cross) manakala pembantu beliau, Jerzy Szwarc dianugerahkan pingat Order of Polonia Restituta (Knight Cross).
Walaupun pelbagai pihak menyifatkan Kapten Wrona sebagai hero, tetapi menurut beliau, itu sudah menjadi tanggungjawab beliau untuk menjaga keselamatan krew serta penumpang.
“Tak perlu panggil saya hero. Itu tugas saya dan saya pasti semua juruterbang akan buat perkara yang sama seperti saya jika berlaku kecemasan sebegitu,” jelas Wrona.
Kejadian itu kini menjadi sejarah paling bermakna sistem penerbangan dunia.
0 comments:
Post a Comment