LAS VEGAS – Salah seorang daripada peninju seni mempertahankan diri terbaik dunia, Anderson Silva, 38, mengalami kecederaan yang menakutkan ketika dia bertarung di hadapan lebih sejuta penonton pada perlawanan Ultimate Fighting Championship (UFC) di sini.
Dalam perlawanan itu, Silva yang berasal dari Brazil mengalami patah tulang kering selepas bertarung dengan Chris Weidman.
Bunyi tulang keringnya patah turut didengari dari dalam gelanggang, sehingga membuatkan penonton terkejut.
Kejadian berlaku selepas Weidman menahan tendangan kaki Silva dengan lututnya.
Silva yang dalam kesakitan kemudiannya terjatuh di atas lantai dan terpaksa diangkat dengan pengusung.
Pakar kini bimbang kecederaan itu bakal mengakhiri karier Silva, yang sebelum ini memegang tali pinggang kejuaraan selama enam tahun.
Menurut pakar Orthopedic UFC, Dr. Steven Sanders, tulang tibia serta fibula Silva telah patah, justeru masa untuk dia kembali sembuh dijangka mengambil masa selama enam bulan.
“Silva telah dibawa ke hospital dan menjalani pembedahan dan besi telah dimasukkan ke dalam kakinya.
“Dia akan berada di hospital untuk seketika dan tidak perlu menjalani pembedahan lagi,’’ kata Dr. Sanders.
Sementara itu, Wiedman berkata, tidak ada keseronokan menjuarai UFC jika lawan berdepan dengan kesakitan seumpama itu.
Wiedman turut mengakui Silva sebagai pejuang yang berjuang sepanjang masa untuk memburu kemenangan.
Dalam pada itu, aksi Wiedman menentang Silva itu turut ditonton oleh bekas lagenda bola sepak Brazil, Ronaldo dan bekas juara tinju, Mike Tyson yang turut memenuhi arena pertandingan itu.
0 comments:
Post a Comment