Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 30, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) membidas tindakan dan cubaan berterusan pihak tertentu memburuk-burukkan kerajaan berhubung isu penggantungan permit penerbitan `The Heat’.

KDN dalam satu kenyataan media memberitahu, tindakan mengantung permit penerbitan `The Heat’ cuma bersifat sementara sebelum keputusan lanjut diputuskan oleh kementerian tersebut.

“Keputusan akan diketahui setelah meneliti jawapan surat tunjuk sebab yang dikemukakan oleh pihak penerbit.

“Ia bukan satu penggantungan kekal selaras dengan prosedur penguatkuasaan permit penerbitan yang ditetapkan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 (Pindaan 2012),” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, KDN sedang meneliti jawapan surat tunjuk sebab yang dikemukakan dan akan memberi pertimbangan yang wajar dan adil terhadap penerbitan `The Heat’ dalam masa terdekat tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Majlis Peguam sebelum ini mendakwa, kerajaan melanggar Perlembagaan Persekutuan apabila menarik balik permit mingguan `The Heat’ sebelum memberikannya hak untuk didengar secara adil.

Presidennya, Christopher Leong dipetik berkata, kerajaan bukan menyalah guna Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPPA) 1984 dengan menggantung penerbitan itu beberapa minggu lalu.

0 comments:

Post a Comment